Definasi-definasi Tibet Tibet

Mohor Tibet [perlu rujukan]bendera Tibet yang digunakan secara bersela-sela dari tahun 1912 hingga 1950. Versi ini diperkenaalkan oleh Dalai Lama ke-13 pada tahun 1912. bendera ini diharamkan di Republik Rakyat China.

Apabila Kerajaan Tibet dalam Buangan dan komuniti pelarian Tibet di rantauan menyebut Tibet, maksud mereka ialah kawasan-kawasan yang terdiri daripada wilayah-wilayah tradisi Amdo, Kham, dan Ü-Tsang, tetapi tidak termasuk Sikkim, Bhutan, dan Ladakh yang turut membentuk sebahagian lingkungan kebudayaan Tibet.[perlu rujukan]

Apabila Republik Rakyat China (PRC) menyentuh Tibet, maksudnya ialah Kawasan Autonomi Tibet (TAR): sebuah entiti peringkat wilayah yang, menurut tuntutan wilayah PRC, termasuk Arunachal Pradesh (iaitu sebuah negeri India yang dipertikaikan oleh China). TAR meliputi bekas kawasan kekuasaan Dalai Lama yang terdiri daripada Ü-Tsang dan Kham barat, sementara Amdo dan Kham timur adalah sebahagian Qinghai, Gansu, Yunnan, dan Sichuan.

Perbezaan definasi ini merupakan punca pertikaian yang utama. Penaburan Amdo dan Kham timur ke dalam wilayah-wilayah di sekeliling dimulakan oleh Maharaja Yongzheng ketika abad ke-18 dan sejak itu sentiasa dipertahan oleh kerajaan China berturut-turut. Orang Tibet dalam buangan pula melihat pertahanan penyusunan ini sejak abad ke-18 sebagai sebahagian dasar pecah dan perintah.[perlu rujukan]